Buah-buahan kekal segar dan berkhasiat

Assalamualaikum semua...hari ni sy nak tulis entri pasal buah tau...hak3...nyum nyum...oraite...straight to the point aje lha ye..

    Bagi penggemar buah-buahan sudah tentu akan membelinya dalam jumlah yang banyak supaya mudah menikmatinya pada bila-bila masa..namun,ada kalaya buah buah yang dibeli dengan banyak ini terbuang begitu sahaja gara-gara rosak...

    Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, anda perlu tahu betul menyimpan buah-buahan dalam peti sejuk..ikuti langkah ini agar buah-buahan kekal segar dan anda mendapat khasiat yang terbaik... ikuti tips di bawah ni tau!!...ahaks...ta nak ikut pon ta pe...

Sebahagian buah segar memiliki suhu yang sensitif sehingga ia perlu disimpan di dalam peti sejuk dengan suhu yang bersesuaian.  jika peti sejuk anda penuh, pastikan anda menyimpannya di tempat dengan suhu yang paling dingin di rumah anda.

    Buah seperti epal, pir, strawberi dan buah pic perlu diletakkan di dalam plastik belubang sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk bagi menjaga kesegaran buah tersebut.

    Limau dan buah  delima contohnya amat mudah kehilangan jus apabila disimpan di dalam peti sejuk.
     

       Oleh itu, cuba bungkus buah-buahan ini di dalam plastik berperekat sebelum disimpan di dalam peti sejuk..

 Sebaliknya, buah-buahan yang berasal dari daerah tropika seperti nanas dan pisang yang sensitif terhadap dingin, simpan sahaja di luar peti sejuk dengan suhu bilik.

Untuk buah peri pula, cuci dan simpan di dalam peti sejuk tanpa perlu dibalut dengan plastik.  ini kerana, buah ini cenderung menyerap air terlalu banyak dan lebih mudah membusuk serta berair.

   Terdapat beberapa jenis buah yang memmerlukan masa untuk masak dan matang sebelum boleh dimakan.  oleh itu, anda harus sentiasa memantau peringkat kematangan buah-buahan yang disimpan.

Antara buah yang termasuk di dalam kategori adalah buah nanas, pisang, mangga dan pir.
ketika menyimpan banyak buah, lakukan pemeriksaan secara teratur untuk memastikan buah yang telah masak atau busuk.  buang senua buah yang busuk kerana ia boleh mempengaruhi buah yang lain untuk membusuk...

Okay lha, sampai cne aje entri hari ni...daa....wasallam                                                                                                                          
kalau suka?..SILA BERI KOMEN YE :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...